inila maksudnya seni dalam pendidikan...

SENI DALAM PENDIDIKAN

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain.
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

Belajar cara belajar aplikasi informasi secara berkesan

Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan lateral Leaps

Contoh:

Beberapa contoh menunjukkan gabungan seni dalam mata pelajaran lain seperti sains dan bahasa inggeris.



-ntel09-

2 comments:



Anonymous said...

emmm manusia akan mencapai tahap sempurna akal bilamana usia membatasi usia 21 thn..pd usia 28 thn pula pengalaman adlah nadi kepada penambahbaikan minda seseorg emm..=)

Art Empowering Us said...

betul tu kf.
kami sekarang masih di zaman pematangan.

Post a Comment