Rupa atau Bentuk?

Mana satu Rupa?
Mana satu Bentuk?

Kadang - kadang ia membuatkan kita bingung sedikit dengan dua perkataan ini tetapi ia mempunyai maksud yang hampir sama. Jika diingat masa kita sekolah (Tak kisahlah masa sekolah rendah atau menengah..), cikgu selalu mengingatkan kita bahawa dua benda ni macam tiada bezanya...kan? Hmm, mari kita lihat apa yang membuatkan kita keliru dengan dua perkataan ini :

* Rupa geometri
* Bentuk bulat, bentuk tiga segi...etc ( Biasanya bahagian subjek Matematiklah yang selalu cakap gitu..)

So, jom kita nilai balik melalui prinsip Seni Visual :

* Rupa ialah garisan yang bermula pada satu titik (Mula) dan berakhir pada satu titik (Mula) juga.
* Bentuk ialah jalinan yang timbul pada sesuatu lukisan atau arca.

Jadi, mengikut prinsip Seni Visual, Rupa dan Bentuk mempunyai maksud yang berbeza. Anda setuju?

0 comments:



Post a Comment